Movie Review : A Quiet Place

8:58 PG

Assalamualaikum Hai.

Image result for review a quiet place

IF THEY HEAR YOU
THEY HUNT YOU

A Quiet Place. Masa mula-mula Nad dapat invitation ni, Nad taktau pun movie ni berkisarkan apa. Lepastu bila search, tengok banner dia bukan main seram lagi. Lepastu tengok tagline pun seram 😭 Apa niii. Tapi Nad tak baca sinopsis cerita ni. Terus confuse nak pergi ke tak, sebab malam kot serammm. Tapi lepastu sebab curious kan, Nad datang jugak tengok. Nasib tak menyesal. Lebih dari separuh panggung jugak lah yang datang tengok hehe.

Sinopsis A Quiet Place


Mengisahkan tentang Avelyn Abbott (Emily Blunt) yang merupakan seorang isteri kepada Lee Abbott (John Krasinski). Mereka mempunyai dua orang anak iaitu Regan Abbott (Millicent Simmonds) dan Marcus Abbott (Noah Jupe). Mereka tinggal di satu kawasan yang jauhhh dari orang ramai. Ramai orang lain yang tinggal di kawasan bising dah mati. 

Mereka tak boleh bercakap langsung walaupun dalam nada yang rendah. Sebab nanti akan ada makhluk misteri yang dengar dan makan/bunuh mereka. So, kebanyakannya mereka hanya menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi. Walaupun dalam keadaan yang kelam kabut, takut atau sakit, mereka langsung tidak boleh bersuara untuk elakkan makhluk misteri datang.

John dan anak perempuannya, Regan ada berusaha mencipta satu alat untuk menghalau makhluk misteri tersebut. Tapi sentiasa gagal dan belum menemui penyelesaian lagi. 

Bertambah susah lagi bila Emily mengandung dan waktu dia nak bersalin. Bayangkan nak bersalin tanpa buat bising sikit pun dan makhluk misteri dah sedia ada dalam rumah. Suara baby pun tak boleh nak control waktu dia nak meragam ke menangis ke.

Apa pun, setiap cerita mesti ada pengorbanan kan. Hehehe.

Image result for review a quiet place

Image result for review a quiet place

Image result for review a quiet place

Fuh, memang penuh dengan debaran betul sepanjang Nad tengok cerita ni. Tapi memang cerita ni banyak senyap dan orang dalam panggung pun senyap. Yela, sebab tak boleh nak bercakap kan. Overall, Nad boleh kata cerita ni best dan penuh dengan kasih sayang even diorang tak boleh nak bercakap sesama sendiri.

A Quiet Place
Director : John Krasinski
Genre : Drama/Thriller
Duration : 1jam 35minit
Rating : 8/10

P/s : Thank UIP bagi Nad ticket first time tengok kat Luxe hall.

You Might Also Like

6 ulasan

  1. Bestnyaaa. Cita ni confirm nak tengok nanti.

    BalasPadam
  2. kita suka cerita2 misteri camniii thanks kak nad! tk sabar nk tunggu keluar online

    BalasPadam
  3. Sama-sama Nad! Most welcome.hehe. Tapi tak perasan lak Nad yang mana satu haritu. Takpa. Ada rezeki nanti kowt2 jumpa dekat review akan datang ke kan, nti hai2 tau. hehe

    BalasPadam
  4. Haih bila lah ada masa free nak pergi tengok wayang ni. Asyik busy manjangg.

    BalasPadam
  5. FIlem ni tak masuk dalam filem yang nak ditonton Siqah. Sebab penakut nanye. Hihi

    BalasPadam
  6. ehh, ain pun ade gak masa preview cerita ni... hehehhe.

    BalasPadam