Dah Guna Domain Sendiri [nadnary.com]

8:20 PG

Assalamualaikum Hai.



Yayyy finally dah guna domain sendiri. Dari duluuu Nad memang dah lama berangan nak guna domain sendiri ni. Kadang-kadang tu dah semangat nak beli tapi taktau nak letak nama apa. Lepastu bila dah tau nak pakai domain apa, duit pulak takde. Lepastu dah ada duit dan dah tahu nak pakai domain apa, cara nak beli domain pulak taktau. Macam-macam masalah betul Nadratul Syazwana ni. Kalau ikutkan, memang dah bertahun tau Nad berangan hahaha.


💕 nadnary.com 💕

Dari mana datangnya nama Nadnary ni? Haaa ini adalah gabungan dua perkataan iaitu Nad dan imaginary. So bila shortform jadi lah Nad+nary = Nadnary 😂 Thanks boyfriend for the idea. Korang rasa mesra pengguna ke? Agak-agak senang tak orang nak ingat? 

Nad dah lama nak guna domain sendiri sebab;

🅐 Nampak lebih serious nak menulis. Sebab blogspot kan free hosting and .com .my tu paid hosting. Plus, entry kita lebih selamat jika guna domain sendiri. After all, Nad dah guna blogspot untuk 8 tahun.
🅑 Nad guna nama nad-lifeisfun since 2010, time umur Nad 16 tahun. Time tu main buat je blog. So bila ke mana-mana dan orang tanya apa nama blog rasa susah nak jawab. Sebab dengan - (dash) tu lagi. Ya Allah seksa betul nak mention nama blog sendiri. Nad dash lifeisfun :>
🅒 Paling terbaru, Nad pergi event. Dan semua orang lain adalah media-media yang sememangnya dah famous seperti bernama, utusan, rtm. So bila diorang tanya Nad dari mana, apa nama blog. Rasa kelakar nak sebut nad lifeisfun hahahah. Maybe bila sebut blogger diorg expect something macam rotikaya ke, ohbulan ke, ni tetibe nad lifeisfun?

Maka dengan itu, Nad tekad nak pakai domain. Nak mulakan hidup blog baru yang Nad sendiri senang nak sebut dan bgtahu kalau ada orang tanya. 

Disebabkan Nad taktau sangat cara nak daftar semua ni, Nad serahkan tanggungjawab ni dekat Syida Ahmad hehehe. Bayar je, tau-tau dah siap. Buat dekat Syida dalam RM60 dan domain Nad siap dalam masa 5 hari. Thank you Syida! Alhamdulillah, akhirnya tercapai jugak salah satu wishlist yang Nad harapkan dalam bidang blogging ni. Slowly but surely 👌 Ada banyak lagi yang Nad plan untuk blog Nad. Hopefully semuanya tercapai dengan mudah.

Btw, Nad terharu betul dengan keprihatinan korang yang perasan Nad dah tukar domain blog 😭 Tak sempat Nad nak update blog or bgtahu Nad dah tukar domain pun dah ada yang perasan. Tolong tahu yang Nad terharu tau 💗 Okk last last, tolong bgtahu korang rasa header yg Nad tgh pakai atau dalam entry ni yang Nad patut jadikan header sebenar? Hahah.

P/s : ID ML saya sama dengan domain blog tau hehe.

You Might Also Like

11 ulasan

  1. Rm60 ..wah murah juga tu .apa pun tahniah CCL ucapkan blog nad dh berdomain .. teruskan berblogging pas ni

    BalasPadam
  2. Tahniah.. lepas ni trafik blog naik lah .. :)

    BalasPadam
  3. Niceee..bila lah nak tukar gak ni..
    Header simple sangat ! Tp sweet warna

    BalasPadam
  4. Domain tu bayar sekali seumur hidup atau bayar bulan2? Tahniah dh ada domain sendiri

    Haha lawakla part orang Tanya link blog tu, maklumla link blog ni niag dari zaman sekolah xD

    BalasPadam
  5. Saya pun baru je buat domain minggu lepas. Tapi saya buat, harga dalam 40 ringgit gitu utk setahun. Mmm mgkn kamu buat domain dari orang yang buatkan. Apapun2 tahniah. Imaginary? what consisdence.. gabungan nama macam idea yang saya pernah terfikir tp saya guna imagine diffy. Tapi sy x guna idea itu. Saya guna nama blog yg skg.

    Visit -- > Kenapa saya pilih nama blog "Imaginasi klasik?"

    BalasPadam
  6. wahhh tahniah! lepas ni mesti lebih semangat la kan nak update blog :)

    BalasPadam
  7. Wahh nadnary dah nama blog dia. Heheh :)

    BalasPadam
  8. Yes! Baru perasan Nad dah tukar domain. Tahniah!! Bijak idea bf bagi nama blog. Hihi.

    BalasPadam
  9. Baru berkesempatan nak baca ni ha sebab Fairuz perasan kt IG nad dh tukar domain. Wuhuuu! Yeaayyy alhamdulillah satu pencapaian nih. Fairuz update blog pun dah jarang teramat sangat. Tak taulah apa nak jadi 😂💪🏻

    BalasPadam