Kisah Fresh Graduate Mencari Kerja

9:11 PG

Assalamualaikum Hai.


Selalu kita dengar fresh graduate ni susah nak cari kerja kan. Mostly sebab banyak company nak yang dah ada experienced selama beberapa tahun. Sepanjang semester akhir, Nad memang dah set dekat kepala 'Nad akan minta kerja sebelum habis semester'. Means bila tengah final exam Nad akan terus apply. Kisah fresh graduate kalini adalah kisah Nad sendiri.

So, dalam hujung bulan 12 sebelum bermula final exam, Nad apply kerja through email ke 7 buah company. Oh and guess what? Satu pun tak dapat reply πŸ˜‚ Takyah panjang cerita nak kena panggil interview eh, respond reply apa pun tak dapat haha. Tapi Nad ok je masih relax lagi waktu tu sebab belum habis belajar lagi kan.

Sampai waktu, Nad pun habis belajar. Nad amik 1 hari untuk jalan-jalan dekat Penang dulu sebab nanti rinduuu! Hahah. Lepastu Nad amik 3 hari untuk jalan-jalan dekat Cameron Highlands kononnya untuk reward diri lah kan dah habis study. Lepastu Nad pun balik rumah. Niat hati nak rehat dulu lah bagi enjoy dulu rehat habis degree ni. Sehari dekat rumah okay lagi. Masuk hari kedua, Nad dah bosan. Rasa macam ya Allah bosannya taktau nak buat apa. Nak keluar berjalan duit pun dah πŸ’ΈπŸ’ΈπŸ’Έ 

So Nad pun gigih bukak laptop terus apply kerja ke almost 10 company. Disebabkan haritu 7 company Nad apply langsung takde respond, so Nad tekad dalam hati supaya jangan memilih kerja. Mana yang ada kekosongan tu kita cuba apply tak kisah la admin ke qaqc ke. Mana yang panggil interview kita cuba pergi. Mana yang terpilih dapat, tu nanti baru kita fikir. So Alhamdulillah, Nad dapat panggilan interview dari 6 buah company out of 10.

First Interview.

Panggilan dari Eco Big Fish Sdn Bhd : Bio Feed Resources sebagai QAQC. Company ni Nad apply through Whatsapp and dia terus berkenan sebab dia kata English Nad bagus. So esok tu dia terus panggil interview. And Nad pergi. Sebenarnya Nad risau jugak sebab bila search website apa semua tak ada. Takut jugak scam ke apa. Sebenarnya company ni buat macam makanan ikan ke apa camtu la. So kerja Nad macam duduk lab and buat testing. Yang ni memang Nad diterima tapi Nad macam tak sure lagi sebab lepastu ada interview lain. Lepastu macam dia suruh masuk kerja lambat sikit sebab nak sure kan tempat kerja Nad dekat lab Pulau Indah or UPM. So I just wait.

Second Interview.

Panggilan dari RoyalCert Malaysia sebagai Admin. Company ni adalah company audit. Kalau ikutkan Nad macam malas je nak pergi sebab dah pergi interview sebelumnya dan macam dah diterima pun. Tapi Nad gagahkan jugak pergi. Mostly yang apply lepasan spm, stpm dan diploma. Atau pun yang memang tengah kerja admin di tempat lain. So even nad degree holder pun rasa macam haha apa do aku buat ni pergi apply jadi admin dekat company audit? Tapi Nad tunggu jelah alang-alang dah sampai.

Sampai turn Nad untuk interview, boss tu belek-belek resume Nad. And he was like:

Mr Clifton : So, you have degree in civil engineering and you apply for admin?
Me : Ya, bcs I just finished study and I just apply to any vacancy.
Mr Clifton : You know what? My company do audit ..... (and talks about what his company doing). Anyway, I have a client with construction background. I can pass your resume to them.
Me : Yes, sure, if you don't mind.

And he straight away called his client. Tapi takde siapa angkat sebab Sabtu haha. Lepastu Mr Clifton snap resume Nad dan Whatsapp ke company tu. Borak-borak sikit then the interview ended. Obviously, Nad tak menaruh harapan dekat yang ni sebab memang confirm tak dapat la kan.

Third Interview.

Mr Clifton obviously tried his best in recommending me yknow. Sampai company tu terus panggil Nad interview. Nad dapat panggilan dari Rolid Setia Sdn Bhd sebagai QAQC Engineer dan semestinya Nad pergi jugak. Sampai je tempat interview, ini first time Nad di interview oleh 4 panel. Semua Melayu so the conversation goes in Malay. The funny part is, company ni adalah subcon kepada company yang Nad intern 6 bulan lepas. Dan diorang terus nak hire Nad time tu jugak and terus start keesokan hari. I just said yes.

Panggilan Keempat.

Panggilan dari Pengurusan Air Selangor (SYABAS) sebagai works scheduler. Lepas je Nad balik dari third interview, malam tu Nad dapat Whatsapp dari Syabas sebagai works scheduler dekat branch Klang. Nad dah dapat rasakan Nad akan dapat panggilan dari Syabas ni. Sebab Nad pass resume dekat someone yang iklankan vacancy dekat Facebook. Dan dia keep update pasal kelayakan Nad sebab ni untuk lepasan diploma, dah pass ke hr dan dia juga follow up tanya dah dapat panggilan interview dari hr belum. Turned out rupanya dia yang interview calon-calon untuk kerja works scheduler ni. Nad tak pergi pun interview Syabas sebab dah start kerja dekat Rolid. Rasa sayang jugak nak tolak mula-mula sebab ni jawatan tetap.

Panggilan Kelima.

Panggilan dari Fusion Beat Sdn Bhd sebagai Drive Test Analyzer. Company ni cover untuk TM, CCTV macamtu la. Nad tak sure kerja dia macam mana tapi Nad just apply sebab hanya memerlukan background civil/electrical/mechanical. Dan, dia hanya buka kepada perempuan. Terus Nad apply laju-laju sebab bila nak perempuan je mestilah kurang saingan kan hehehe. Apa pun, Nad tak pergi juga interview ni sebab dah kerja dengan Rolid. 

Panggilan Keenam.

Panggilan dari Sunway Construction Sdn Bhd sebagai Trainee Engineer. Dalam banyak-banyak panggilan, ini yang palinggg fikir panjang nak pergi ke tak. Kalau sebut memang semua tahu company ni, dah well-known and well-establish. Lama jugak Nad nak fikir pro and cons dan patut ke tak pergi. Sebab Nad dah start kerja Rolid takkan asyik nak mintak cuti pergi interview sana sini kan? Lagipun, mana boleh minta cuti pun haha. So Nad decide untuk tak pergi juga.


Alhamdulillah for all the rezeki. Nad pun baru je kerja untuk sebulan 3 minggu ni. Harap sangat dapat sesuaikan diri dengan sebaik mungkin. Dapat belajar dengan banyak dan cepat. Doakan semoga semuanya dipermudahkan :) Esok-esok punya plan kita taktahu lagi. Tapi harap dapat buat yang terbaik untuk sekarang.

Apa yang penting, kita kena usaha jugak walau camne pun untuk cari kerja. Kerja takkan datang dengan sendiri. Dan tak perlu memilih kerja. In shaa Allah, kalau apply banyak mesti akan ada yang panggil. Kalau tengok aturan rezeki Nad pun, kita tak sangka. Atas kebaikan stranger, Nad dapat kerja. Alhamdulillah.

You Might Also Like

12 ulasan

  1. Tahniah kak nad! Takut pulak bila fikir saya dh habia grad nnti, cmne agaknya nk cari keje T__T

    Tips interview plisss

    BalasPadam
  2. Wah congratulation to you for the first job! Best betul baca pasal ur iv experiences. Rezeki kan dapat yg di recommend tu. Good luck n keje elok2. :)

    https://fatihahazanan.blogspot.my/2018/03/1-year-working-experience.html

    BalasPadam
  3. congratulation on the new job! bagus la dapat opportunity to be called in several interview, new experience jugak. right now we just cant afford to memilih sangat kan.

    BalasPadam
  4. congrats kak! alhamdulilah murah rezeki akak. all the best & fighting!

    BalasPadam
  5. teringat pula pengalaman masa kak jida masih fresh grad..ke sana sini akak pi interview..malah pernah kerja biasa2 sementara nak dapat yang elok.Huhu..

    Anyway, all the best for your new job!

    BalasPadam
  6. Congrats Nad. Alhamdulillah murah rezeki Nad :)
    Risau pula bila fikir kerja nanti bila dah habis grad

    BalasPadam
  7. Tahniah Nad. Murah rezeki dapat kerja as Engineer.

    BalasPadam
  8. wow2..tahniah dah guna domain sendiri..:)

    BalasPadam
  9. Tahniah! Dari seorang pelajar and now dah kerja dah pun. Semoga success Nad!

    BalasPadam
  10. Tahniah.. Murah rezeki byk dipanggil interview...

    BalasPadam
  11. Yeayy! Alhamdullilah, tahniah Nad for your first job. Buat yang terbaik okay :)

    BalasPadam