Dapatkan 18% Pulangan Tunai Sempena Kempen Hari Gaji Shopee dari 26 Hingga 28 Februari

9:49 PTG

Assalamualaikum Hai.

Semua orang mesti pernah dengar Shopee kan? Apps untuk kita shopping shopping tuu hehe. Bagi yang tidak tahu, Shopee adalah platform e-dagang terunggul di Asia Tenggara dan Taiwan yang direka untuk memberi pengguna pengalaman shopping yang mudah, cepat dan selamat. Terdapat pelbagai rangkaian produk yang terdiri daripada elektronik, perkakas rumah, kecantikan dan kesihatan, bayi dan permainan, dan fesyen. 

Kempen Hari Gaji dari 26 hingga 28 Februari




Bersempena dengan penerimaan gaji, Shopee memberi satu inisiatif dengan melancarkan kempen untuk shopping dalam tempoh penerimaan gaji. Pengguna boleh menikmati pelbagai tawaran hebat dan potongan harga sepanjang 3 hari kempen berlangsung. Ini termasuk pulangan tunai sebanyak 18% berbentuk syiling Shopee atas produk promosi. Untuk pengiraan yang lebih mudah, setiap pembelian sebanyak RM1, pengguna akan menerima 18 syiling Shopee untuk lebih penjimatan.

Kempen bersempena hari penerimaan gaji ini dimulakan dengan jualan pra-kempen bermula dari 21 Februari dengan tawaran ekslusif dari jenama terkemuka seperti Elianto, Pro Shop, Reckitt Benckiser dan banyak lagi! Manakala, tawaran hebat juga boleh dinikmati atas lebih daripada 5,000 produk termasuklah mobil dan gadget, kesihatan dan kecantikan, permainan kanak-kanak dan bayi, perabot dan perhiasan rumah, perkakas rumah, barang runcit dan haiwan peliharaan, fesyen wanita dan fesyen lelaki. Bukan itu sahaja, Shopee juga turut bekerjasama dengan jenama-jenama terunggul seperti L'oreal, Nestle, Big Pharmacy, Bagstation, XES Shoes dan Vivo untuk memberikan penjimatan berganda. 

Waktu kemuncak aktiviti shopping yang merekod trafik tertinggi adalah pada waktu selepas makan tengahari iaitu 12.00 tengahari hingga 1.00 tengahari dan selepas makan malam antara 8.00 malam sehingga 9.00 malam. 


Jualan Murah Shocking Sale

Jualan murah Shocking Sale juga telah digandakan kepada 5 kali sehari sepanjang kempen berlangsung ye guys. Jualan ni akan menawarkan pelbagai produk kegemaran ramai pada harga yang saaaangat rendah sehingga stok habis!

Permainan Facebook Live: Edisi Hari Gaji

Ya Allah banyaknya kempen yang Shopee offer kan? Rugi kalau tak grab ni. Pada 26 Februari jam 2 petang, bersedia je untuk menyertai permainan Facebook Live ni. Antara hadiah yang ditawarkan adalah syiling Shopee manakala hadiah utama berupa telefon bimbit Samsung Galaxy Note 8 yang bernilai RM3,999.

Jualan Lelong Mobil Hari Gaji

Jualan lelong berlangsung di akaun @shopee_mamak sepanjang kempen dan anda berpeluang memenangi hadiah bernilai RM4,000 termasuk sebuah Nubia M2 Lite, sebulah Oppo F5 dan sebuah penyedut hampagas Dyson. 



"Tahun lepas kami mendapati purata peningkatan sebanyak 25% dalam bentuk jumlah transaksi sepanjang tempoh penerimaan gaji iaitu dari tarikh 25 hingga 31 setiap bulan. Aliran ini mendorong kami untuk melancarkan Kempen Hari Gaji dan skema pulangan tunai 18% yang membolehkan pengguna setia kami berjimat semasa waktu kemuncak aktiviti membeli-belah." - Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee


Untuk maklumat lanjut dan shoppingggg; 👇 

You Might Also Like

4 ulasan

  1. tidakkkk!!!!!
    abislah kalau dah tau bab ni...kadang2 xsengaja ter shopping!!!

    BalasPadam
  2. Dah shopping jugak dekat shopee semalam. Hahah! Memang best shopping lagi lagi time ada sale :)

    BalasPadam
  3. Baru jer semalam dapat barang shopping kat shopee. Bila ada hari gaji mcm ni, habislaaahhh duit ku. Lol

    BalasPadam