Pre Graduation Night Civil Engineering

4:41 PTG

Assalamualaikum Hai.


Lama betul dah Nad menyepi kan. Nak cukup 4 bulan dah tak update blog. Specifically, bila dah start masuk semester terakhir ni. Busy betul rasanya. Nak bukak laptop pun tak sempat. Bila dah hujung semester menghampiri final ni ada lah masa sikit. Nad nak share event Pre Graduation Night Civil Engineering UiTM Pulau Pinang yang diadakan bulan November lepas di Pearl View Hotel.


Sekejap je masa berlalu. Tau tau dah semester akhir kita rupanya. Lagi tak sangka, dah 5 tahun setengah rupanya study dekat UiTM Pulau Pinang ni. Patutlah rasa macam banyak dah terlepas update kawan-kawan kat Selangor. Untuk Pre Graduation Night ni excited lebih sikit. Sebab dulu time diploma takde pun majlis pre graduation ni semua. Dah nak habis degree ni baru dapat merasa dengan tema majlis masquerade party.

Nad fikir nak pakai dress je tapi kalau nak beli tu rasa macam membazir sebab memang akan jarang pakai dah lepastu. So akhirnya Nad decide nak sewa je dress dekat instagram. Senang jimat pakai sekali then terus pulangkan ke tuan dia semula. Yang penting kena jaga elok-elok time pakai takut nanti burn pulak duit deposit tu.


Sebenarnya yang paling best untuk majlis Pre Graduation ni adalah tempoh kita nak bersiap  nak pakai baju apa, nak pakai kasut apa, nak bawak bag ke tak, shawl nak style camne, nak make up macam mana semua tu. Muka-muka dekat atas ni lah yang dengar planning kita semua ye. Sama-sama merancang untuk malam Pre Graduation. Antara yang best jugak sebab kita ada kawan-kawan and orang yang rapat dengan kita waktu majlis. Oh tak lupa, sebab makanan pun best. Walaupun dah sebulan berlalu, ayam madu dan puding roti masih terasa sedapnya.


Majlis pun start dengan kata-kata aluan dan ucapan ketua program dan beberapa lecturers. Then ada persembahan dari student-student UiTM sendiri. For that night, memang enjoy everything and best best best! Oh sempat jugak lecturer promote program untuk sambung master. The course, kelayakana cgpa semua tu. I don't know how but i applied 😇


King & Queen of the Night 🎉

Serious tak sangka boleh menang ni 😂 Rasa macam tipu je haa. Dengan dress sewa je pun boleh menang ehh. Pastu rasa cam biasa-biasa je segan nak pakai dress camni dengan ada lecturers semua. Pastu tak sangka akan pakai crown tu lagi 👑 Dulu ingat time kawin jela nanti baru dapat pakai crown. Tapi ni dah dapat pakai dulu hahah.


Le housemate 💕

Oh malam tu memang lucky betul lah. Bukan setakat menang queen of the night, lucky draw hamper ni pun nombor Nad lucky [296] 🙈


Akhir sekali, terima kasih jugak dekat orang atas ni sebab sudi datang kat majlis kita. Tetibe sesat student Electrical masuk Civil. Hahahah tapi takpelah. Terima kasih sudi spend time and be part of the journey. Amik semangat ni dan cepat-cepat sikittt habis belajar tuu.


Civil Engineering student batch '94



You Might Also Like

17 ulasan

  1. omg u're so pretty.

    jmput la join n meriahkan segmen GA kt sini. there's a week left. ^^

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    BalasPadam
  2. Congratulations Nad!

    Dah lama sangat tak datang sini. hehe

    BalasPadam
  3. Alolololo...cute sangat....dah nak habis ya...alhamdulillah...

    BalasPadam
  4. Lawanyaaaaa! Rasa cam cepatnya dh habis degree, rasanya baru je baca entry akak time grad diploma dulu xD

    Saya pun dah final year,dinner taktaula ada ke tak.. Harhar

    BalasPadam
  5. Seronok kan sesekali macam ni...dah lama takde buat gathering pape..huhuhu..

    macam selalu laa..Nad is looking superb! muah ciked

    BalasPadam
  6. waaaa..jd QUEEN lg...bertuah sgt la...

    BalasPadam
  7. Wah cantik sgt nad. No wonder boleh menang Queen of the night. Bestnya. Kak ana pernah sekali je ke uitm PP. Tu pun lawatan MPP. Hehe.

    BalasPadam
  8. mnemang patut la menang..dress tu cantik..sesuai dengan si pemakai nya..

    BalasPadam
  9. bestnye pergi PG 😍😍

    dress tu cantik sangat. Nad pun nampak matured bila pakai dress camtu.

    salam kenal ya 😊

    BalasPadam
  10. Salam perkenalan. GV follow blog akak ya. Gambar pertama tu GV ingat artis tadi. Huhu. GV akui akak mmg cantik. No wonder akak menang malam tu. Hihi. Tahniah kak. :)

    BalasPadam
  11. bila baca ni rindunya dgn zaman dgree.
    mmg time event dinner akk akan join boleh dikatakan every year.hahaha. time tu la kecoh nak pakai bju ape,sape tlg makeupkan..haishh rindu

    BalasPadam
  12. Glamour betul baju Naz. Patutlah dapat title Queen malam tu. Hihi.
    COngrats Nad! Lama dah menyepi. Keep on blogging :)

    BalasPadam
  13. Meletupnya Nad! Gorgeous sangat kata orang putih.

    nurulrasya.com

    BalasPadam
  14. busyra tngok gambar first je tau, dah ckp dalam hati nad pretty! then bila scroll mmg betul kata hati ni. haha. memang cntik. memang patut dapat title queen! <3

    BalasPadam
  15. amboii cantiknyaaa Nad persis model. baju tu sewa mana? taktau plak kat instagram boleh sewa sewa baju. nti review yeee... (:

    BalasPadam