Mini Gathering on Amalia's Wedding

8:06 PTG

Assalamualaikum Hai.


So ini cerita bulan lepas lagi. Hehehe. Orang tu dah selamat sebulan pun berkawin. Yang Nad baru sibuk nak up cerita ni ahahah. Sebenarnya, kawan Nad yang kawin ni ex-housemate Nad dulu time diploma. Dan kebetulan dia duduk Kedah je. So memang dekat sangat dengan Nad yang masih study dekat UiTM Permatang Pauh, Pulau Pinang ni. Tak sampai sejam lah rasanya perjalanan nak ke sana. 

Housemates yang lain pula kebanyakannya ada dekat area Selangor. Sebab memang asal orang sana dan ada yang sambung belajar dekat UiTM Puncak Alam. Diorang punya gigih siap naik flight nak ke mari, takkan lah Nad yang dekat ni taknak join pulak kan. So sama-sama lah ktorang duduk dekat homestay yang disediakan dekat dengan rumah pengantin (Betul-betul depan rumah pengantin) 😂


We tried to matchy-matchy tapi macam lari jauh je memasing pun hahahaha.

Sejujurnya, Nad jenis yang setiap semester memang akan berpindah bilik. Means tiada housemates yang kekal gitu. Tiap-tiap semester memang akan kenal dengan orang baru. Even dah sampai degree pun macamtu jugak. Cuma dengan diorang ni je Nad macam duduk sekali sama-sama lama sikit. Ada lah dalam setahun setengah gitu jelaa. Okay lah kann. And perangai memasing memang tak berubah sampai sekarang hahah sama je semua. 


Apa pun, buat Lia. Semoga kekal sampai bila-bila! And bahagia je selalu in shaa Allah. Diorang couple 9 tahun guys 9 tahun huhuhu. And like finally, kawin akhirnya. Terima kasih dok hantar Nad balik UiTM semua. Sempat bagi tips pasal relationship lagi 😂😂 Mampu tak mampu jela nak praktikkan tips dia tu hahahah. Eh terima kasih jugak pengantin baru belanja kitorang semua dinner 💋


Girls. Till we meet again xx

P/s : Who's next? (I'm pretty sure it ain't me hahahhaha)

You Might Also Like

32 ulasan

  1. Balasan
    1. Hahhahaa lama kann. Sejak sekolah menengah tu eheh.

      Padam
  2. cantiknya makeup nad.semua cantik2

    BalasPadam
  3. tak lama lagi la tu, da pergi kenduri tu da boleh ambil feel kahwin, :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha dah berapa tahun dok amik feel je, tapi jodoh tak sampai sampai lagi ni.

      Padam
  4. Memang seronok kalau dapat gathering dekat wedding kawan ni. Lepas tu buat throwback macam macam. Hahah! Congrats kawan Nad :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahah tula. Asal ada wedding je mesti gather macam apa. Dah time tu jela dapat jumpa reramai. Hehe thank you kak Nani :)

      Padam
  5. No worries, i'll join yr next gathering

    BalasPadam
  6. alhamdulillah jodoh mereka panjang. moga kekal lah selamanya.amin!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ameen ameen ameen. Bila masing-masing dapat terima kelebihan dan kekurangan, okay jee.

      Padam
  7. I thought it's gonna be YOU lah, nadnod sayanggg! Hiks 😘
    Ramai kannn kawan kawan sebaya yang dah berhijrah ke alam perkahwinan. InsyaAllah, ada jodoh kahwinlah kita pun nad... 💐

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahhaha. I don't think it'll be me. Tula Fairuz, kita bila lagi ehh? Hehehhe. Eh Fairuz dulu lah hahah.

      Padam
  8. Wedding, selain daripada meraikan kawan, tempat berkumpul dan reunion jugak kan :) Siqah suka pergi wedding!

    Insyallah, ada jodoh nanti untuk Nad :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha sama lah. Kalau takde halangan, in shaa Allah memang Nad pergi semua yang jemput. Hehe thank you Siqah :)

      Padam
  9. Aku rasa kaulah pula lepas ni naik pelamin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kau dulu lah Azwar. Biasa yang diam-diam yang jalan dulu ni hahah.

      Padam
  10. fuh! 9 tahun. lama gak tu. acul ngn wife dl 4 tahun hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahah. Wahhh Acul diam-diam pun dah 4 tahun ehh.

      Padam
  11. Fuh, den asyik tengok gambar orang kahwin je ni lol ada tanda-tanda ke ._.

    BalasPadam
  12. Haish, jealous tengok kalian semua. Pandai betul makeupkan diri sendiri...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha ala Nisa, make up simple simple je ni. Kalau Nisa belajar pun mesti pandai lah.

      Padam