Punca Laptop Cepat Panas dan Rosak!
6:46 PTG
Assalamualaikum Hai.
Huhuhu nak update cerita sedih T_T Okay apa punca laptop cepat rosak!? Eee benci betul, pelaburan besar kot nak tukar laptop baru hahaha. So I started Google-ing everything up and nahhh hahaha laptop Nad mungkin dah nazak ye. Tapi tak apa, kita guna je sampai akhir hayat dia mampu bertahan.
Nad ada jugak terfikir nak beli laptop lain haha tapi laptop ni baru je berusia 4 tahun 1 bulan so Nad rasa dia still mampu tahan sampai 2 ke 3 tahun lagi kot kan? So mari kita berangan dulu sambil kumpul duit hahaha. Berangan la selama bertahun tahun ye.

Punca Laptop Cepat Panas dan Rosak! T_T
1) Penggunaan Laptop yang Terlalu Lama
Laptop juga ada had had tertentu yang dia mampu bekerja. Biasanya untuk sesebuah laptop mampu bekerja up to 8 hours only. Tapi biasalah, kadang kita kalau dah menghadap laptop main games atau buat assignments semua tu bukannya perasan dah on laptop lama gitu kan. Bila dah lama sangat guna laptop pun makin panas. So sebaiknya turned off dulu laptop dalam 30 minit sebelum sambung untuk buat kerja lain.
2) Laptop Diletak di Tempat tak Sepatutnya
Okay ini normal T_T Ini habit T_T Bila on laptop selalu nak on dekat tempat yang terlebih selesa iaitu katil! T_T Pastu dah la tak pakai cooling pad! Bijak benar ye. Sememangnya tidak elok dan ini juga punca laptop cepat rosak. Tak kira lah katil ke bantal tapi ia akan buat laptop lebih cepat panas dan pengudaraan tersumbat. Lagipun katil kan kekadang tak berapa rata so nanti laptop dapat serap habuk dan block pengudaraan.
3) Kipas Tidak Berfungsi
Laptop Nad ni baru on berapa minit pun dah boleh dengar bunyi haba tu. Takyah dekatkan telinga pun memang da boleh dengar lah. Itu tanda kipas laptop anda rosak. Rasa bisingggg sangat! Sebabnya haba dekat dalam laptop tak dapat nak dikeluarkan. Nad syak memang kipas dalam laptop ni dah lama rosak dah. Tapi laptop Nad jenis takleh keluar battery so Nad pun taktau nak kena buat camne dengan laptop ni.
4) Pengudaraan Tersumbat
Kalau korang perasan dekat tepi atau belakang latop korang kan ada macam lubang lubang tu kan. Yang selain lubang speaker hahaha. Haba dari dalam laptop juga keluar masuk lalu lubang tu. Kekadang tu sekeliling kita ni kotor sangat sampai block pengudaraan so haba takleh nak keluar. Laptop pun jadi semakin cepat panas dan rosak. Okay yang ni Nad baru tau haha.
Okay sah laptop Nad dah rosak teruk! Haha kalau repair pun mungkin mahal ni? Okokok dah boleh start kumpul duit untuk laptop yang akan datang hahaha. Tolonglah bertahan selama yang mungkin ye Sony :* (Laptop idaman terus terbayang dalam kepala)
26 comments
sama lah laptop kita kak hahaha. kalau cukup duit mmg dah beli yang baru. sy kadang2 buka laptop dari pagi sampai ke tengah malam mana tak rosaknya T_T
BalasPadamHahaha habis nak buat cemana kan. Belum lagi marathon movie, memang berjam jam lah jawabnya huhuhu. Pasni kena jaga jaga sikit..
Padamok....skrng saya tgh on laptop atas katil ni.... hahaha T__T
BalasPadamthanks for sharing!
Haha nah! Sebijik kena kat batang hidung. Nasib akak bukak atas meja ni ehehe. You're welcome Mazni :)
Padamwahhhh nice tips. tak tahulah benda2 mcmni kak nad huhuhu. yg selalu main laptop atas katil tu samalah kita. high five sikitttt hahaha :3
BalasPadamHahahha takmo high five :p Kak Nad takmo buat lagi dah hehe. Nak jaga laptop ni elok elok je dah pasni hehehe.
PadamKak naddd try la repair dulu TT_TT
BalasPadamTakpe Qila, biar dia survive ceh ceh hahaha.
Padammasa beli laptop dulu pun si penjual tu ada cakap jangan letak atas katil masa duk guna, habuk akan masuk dalam lubang laptop tu. jadi, saya letak laptop atas kotaknya masa guna laptop.
BalasPadamHahaha haah. Lagi pun sebab haba dia kan. Tapi kotak laptop kita dah ke mana entahhh hukhuk.
PadamI think cost untuk repair tak juga tinggi sgt, kalau kipas rosak, dorang ganti part, kalau tersangkut habuk, they will get rid the dust. Kalau saya, letak laptop sebelah kipas meja level 3. Biar terbang segala hangat dari lappy. Hehe.
BalasPadamBleh juga try d youtube yg cra vacuum sndiri tu laptop, tp kena selalulah. Hehe.
Hehe tak pernah hantar laptop ni pergi repair. Kadang dia merajuk pastu nanti okay sendiri. Wow, boleh eh try vacuum sendiri? Serious taktau boleh hehe thank you Eyqa :) Nanti Nad try search eh hehe.
Padami am currently placing my lappy on my bed. huhuuu. pernah dengar pasal ni, tapi nak jugak buaat >.<
BalasPadamHehe terasa tak terasa tak? Dah dah jangan buat eh. Tak sayang laptop keee? Hihi.
Padammmg kena jaga leklok la nampaknyaaa...
BalasPadamHehe mari kita jaga laptop elok elok ehhhh :D
PadamBetul tu Nad. Sebenarnya laptop kena service. Hantar kepada yang pakar atau, boleh tgk youtube. Cara bersihkan dlm laptop. Terutama kipasnya...
BalasPadamZH Blogger
Nad tak pernahhh service laptop Zack TT_TT Seriousss.
PadamSemua yg di atas saya selalu buat. Uhuk uhuk. Tai tak insaf2. TvT
BalasPadamHahaha sama je kita! Dah dah jom insaf jom!
Padamyes betul sgt semua d atas.
BalasPadamNad kumpul duit, beli la macbook :-)
on 24 jam.
boleh letak atas katil.
Hehehe itulah laptop idaman :B Tapi nanti lah, tunggu laptop ni dah betul betul tak boleh survive baru Nad beli lain.. Buat sementara, cuci cuci mata dulu berangan Macbook ekeke.
PadamYang no 2 tu memang betul. Selalu sangat buat. Tambah lagi bila tonton drama korea kat lappy. Memang letak atas katil je. Huhu..
BalasPadamLawa macbook dalam gambar. Teringin juga nak ada satu.. Hehe
Haha kan! Kalau dah marathon movie penat kot asyik nak duduk je. Memang sudahnya baring lah. Jom kita berangan Macbook dulu Siqah! :p Hehe.
Padampernah kena dulu abis warenty laptop rosak sbb kipas rosak. abis ibu papan laptop. pastu rajin2 guna cooler :)
BalasPadamHuhu Nad ni cooler pun takde Sop cemana T_T Haha beli asyik hilang je letak mana tah taktauuu.
Padam