Harini Nad nak bercerita konsep tabayyun. Tahu apa maksud tabayyun? Nad pun baru je nak mandalami maksud tabayyun. Tabayyun ni bermaksud proses pemeriksaan sesuatu berita/khabar sebelum disebarkan. Perkataan tabayyun ni juga ada terdapat dalam al-Quran dalam surah al Hujurot 49 ayat 6. Ya, betapa penting tabayyun ni sampai ada dalam al-Quran tapi ramai yang masih taknak ikut,
Maklum lah zaman sekarang ni ada cerita sensasi sikit, ada gossip sikit, ada silap sikit semua benda nak viral! Viral viral viral tak salah. Tapi, tolong pastikan apa yang diviralkan tu adalah benar dan sahih. Ramai pandang ringan perkara ni sebab tengok kawan share so kita pun nak share. Walhal, kita sebenarnya langsung taktahu cerita sebenar di sebalik kejadian.
Maklum lah zaman sekarang ni ada cerita sensasi sikit, ada gossip sikit, ada silap sikit semua benda nak viral! Viral viral viral tak salah. Tapi, tolong pastikan apa yang diviralkan tu adalah benar dan sahih. Ramai pandang ringan perkara ni sebab tengok kawan share so kita pun nak share. Walhal, kita sebenarnya langsung taktahu cerita sebenar di sebalik kejadian.
So di bulan yang mulia ni, Nad
nak sentuh pasal zakat. Setiap negeri ada cara masing-masing untuk kutip dan
agihkan zakat. Macam Nad duduk di Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)
yang akan kutip dan agihkan zakat. Bagi Wilayah pula, Pusat Pungutan Zakat
(PPZ) Wilayah yang akan kutip kemudian diserahkan kepada Baitulmal (MAIWP)
untuk diagihkan kepada asnaf-asnaf yang layak.
Jenis-jenis Zakat :
1) Zakat
Pendapatan – Zakat berdasarkan gaji termasuk bonus, dividen, hibah, pencen
2) Zakat
Perniagaan – 2.5% dari harta perniagaan yang layak dizakatkan
3) Zakat
Wang Simpanan – Wang yang disimpan dalam akaun simpanan, akaun simpanan semasa,
ASB dll
4) Zakat
KWSP – Wajib zakat apabila dikeluarkan dari simpanan
5) Zakat
Saham - Zakat dikeluarkan ke atas jumlah dividen yang diterima
6) Zakat
Emas – Zakat terhadap emas yang dipakai dan tidak dipakai
7) Zakat
Perak – Jongkong, matawang, perhiasan rumah atau barang kemas perak
8) Zakat
Pertanian
9) Zakat
Ternakan
Kenapa Kena Berzakat?
Pertama sekali mestilah sebab
zakat adalah perkara yang difardhukan kepada umat Islam yang telah cukup
syarat. Dari sekolah rendah dulu cikgu-cikgu dah ajar dah ni. Kedua, untuk
menyucikan harta. Dalam harta kita ada harta orang lain. Kadang kita tak sedar,
kadang kita leka, kadang kita lupa nak sedekah. Dengan zakat ni lah kita dapat
menyucikan harta, dapat membantu saudara-saudara kita yang kurang bernasib
baik. Ketiga, mendapat ketenangan hati. Tenang kah anda kalau tahu ramai orang
susah kat luar sana tapi kita masih ego tinggi melangit takmau bayar zakat?
Keempat, untuk mendapat kasih sayang dan rahmat Allah. Buat benda yang Allah
perintahkan, yang Allah suka, in shaa Allah.
Medium Bayar Zakat :
1) Melalui
potongan gaji
2) Melalui
kaunter bayaran zakat
3) Secara
online
Pusat Pungutan Zakat (PPZ)
Wilayah adalah organisasi di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
(MAIWP). Majlis bekerjasama membentuk Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam
Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP). PPZ-MAIWP memungut zakat harta di 3 buah
wilayah iaitu Wilayah Persekutuan, Putrajaya dan Labuan. Negeri-negeri lain ada
masjlis agama islan tersendiri yang akan memungut zakat. Bukan under PPZ-MAIWP
ya..
Tugas PPZ : Memungut zakat
Tugas Baitulmal : Mengagihkan
zakat
Facebook : Pusat Pungutan Zakat
Website : http://www.zakat.com.my/
Youtube : @ppztv
Hotline : 1-300-88-5757
P/s : Okayyy, jangan lupa bayar zakat tau semua :D