Sinopsis Dia Isteri Luar Biasa
11:36 PG
Assalamualaikum Hai.

Dia... Isteri Luar Biasa. Best ke cerita ni? Haha dalam banyak banyakkk Slot Akasia satu drama pun Nad tak pernah sangkut. Tapi drama ni ada lah jugak sangkut beberapa episode hahaha. Sebab adik Nad memang minat cerita camni so tv memang on so Nad join jelah. Boleh laa, sebab Fathia lawa kot? Haha seronok tengok orang lawa je.
Sinopsis Dia... Isteri Luar Biasa
Mengisahkan tentang Dewi Yusra (Fathia) yang sedang mencari calon untuk dijadikan suami. Dewi pula merupakan seorang yang tidak mempercayai dan benci terhadap lelaki. Dewi kerap menjaga anak sahabat baiknya, Eda (Nonny Nadhirah) apabila Eda sibuk. Mereka menjaga akrab sehingga anak kecil itu memanggil Dewi mama. Sedikit sebanyak, terdetik juga di hati Dewi untuk mempunyai anak sendiri.
Lalu, Dewi meminta bantuan sahabatnya, Cik Kem (Keith Foo) dalam mencari calon suami. Tapi tiada satu pun yang memiliki kriteria lelaki idaman Dewi. Malah, Cik Kem juga pernah menyenaraikan dirinya sendiri tetapi ditolak.
Dalam satu trip pulang dari London ke Malaysia atas urusan perniagaan, Dewi telah berkenalan dengan Dr. Raden Amzar (Shukri Yahaya). Lama kelamaan mereka menjadi rapat dan dalam diam Dr. Raden juga ada menyimpan perasaan terhadap Dewi. Dewi merancang sesuatu dan akhirnya mereka ditangkang khalwat.
Dapatkah Dr. Raden Amzar mengubah persepsi Dewi terhadap lelaki? Apa yang akan terjadi terhadap hubungan mereka setelah Dewi memiliki anak? Saksikan pengakhirannya di Slot Akasia TV3.
DRAMA : DIA ISTERI LUAR BIASA
Mula disiarkan : 18 Mei 2015 (Isnin-Khamis, 6.55petang)
Saluran : Slot Akasia TV3
Pengarah : Jamal Khan
Pelakon : Shukri Yahaya, Fathia Latiff, Keith Foo, Elizad Sharifuddin, Nonny Nadirah, Uqasha Senrose, Ardell Aryana, Ziela Jalil
Korang layan tak drama ni? Hahaha adeii Nad dah terlayan pulakkk. Macam bestt macam besttt. Apa kata korang try jugak tengok? Masih awal lagi ni baru episode berapa hehe.
P/s : Boleh suggest tak apape movie nak tengok? Nad boring gila dekat rumah ni.
21 comments
hehe cerita ni macam best.. fathia pulak yg berlakon tu.. lakon dia not bad la . best. sebab dulu tengok drama Ariana Rose kan.. hehe
BalasPadamBoleh tahan best lah Fatin :) Kan kann hehe
PadamSy memang layan citer ni sejak tgk Fathia berlakun dalam slot Bencinta..ahaksss. Cuma kadang sempat kadang tak...
BalasPadamRasanya best cite ni... sure ada adegan yang suspens dan tidak disangka. Nak tahu kena tengok..ahaksss
Bencinta kita tak tengok [ulak hehe. Suspens wajib adaa haha
Padamok ...drama ni best ... aku tak suka sgt drama melayu .. tp bila fathia belakon dan aku dah tgk beberapa episod .. aku ckp drama ni best ... nak layan sampai abis ... tapi aku suka sgt bila drama kayu tu dah tamat .....
BalasPadamTahu takpe. Niat taknak tengok pun tetibe boleh emlekat dah depan tv haha. Suka sebab Fathia cantik <3
Padamciter ni memang best..pelakon2 dia pon best2..setakat ni yang tengok tak pernah kata tak best since episod satu. tapi sejujurnya saya tak tengok lagi sebab tak layan sangat drama kul 7 takut terlayan sampai habis solat maghrib pon kul 8 haha
BalasPadammovie yang best sekarang ni pitch perfect 2. saya dah tengok sampai dua kali haha
Kita selalu record je then baru tengok balik. Aaaa tak dapat tengok Pitch Perfect 2 lagi :(
PadamTak berkesempatan lagi nak tgk drama ni..hihi
BalasPadamHehe nanti tengok online je cik Mimie :)
Padamhda ade tgk gak. tapi kdg2 jek tgk. Even kdg2 pon tetap kate best sbb fathia. ihiks. Lakonan dye best !
BalasPadamHahaha tau takpe, Fathia kot yang buat cerita ni best!
PadamAkak pun tetiba TERlayan drama ni. Hahahaha
BalasPadamTERlayan eh kak Inani? Hahaha takpe, moh kita teruskan layan hahaha
Padamzz pun x layan sgt drama ni. tapi ada la sesekali duduk juga bila tunggu turn nak mandi..haha.. tpi zz tertarik dgn pelakon yang bwk Raden.. sebab zz rasa sesuai sangat.. hehe
BalasPadamHahaha tunggu turn nak mandi ye. Kan Raden tu memula Nad tengok kurang berkenan lama lama can ok la boleh laa
PadamTak pernah layan, tapi bile ingatkan Ariana Rose teringin nak tengok. thanks for the review!
BalasPadamTakpe nanti nanti boleh marathon tengok online je bila teringin hehe
Padamciter nih memng best.. hehehe keith foo jadik lembut jadi sgt.. hahahaha
BalasPadamHahaha tau takpe, macam unexpectable hahaha. Boleh pulak dia bawak watak tu
Padamkalau yg dah kahwin tgk cite ni mesti nak senyum senyum hehehe
BalasPadam