Kelas Menjahit di KL
3:03 PTG
Assalamualaikum Hai.
Kelas Menjahit? Ya, belajar menjahit semenangnya salah satu benda yang Nad memang teringin nak belajar. Kalau nak diikutkan Nad memang ada buku buat duit dengan menjahit. Haa semangat tak semangat? Hahaha tapi buku aje lah. Takde praktikal try try menjahit pun.
Lepastu Nad try pergi ke kelas jahitan Syaza dan belajat menjahit hehehe. Kak Syaza ni dah belajar menjahit since dia 15 tahun dan sekarang dah kawin and ada anak pun. Haa boleh imagine tak banyak mana experience kak Syaza ada dalam bidang jahitan ni. Kak Syaza sangat lucky sebab muda muda lagi dah di expose dalam benda yang boleh buat duit kan.
Kalau masuk kelas kak Syaza memang penuh dengan jubah, peplum, dress, baju muslimah mahupun kanak-kanak. Semua tu memang ditawarkan kalau nak belajar di kelas jahitan Syaza ni. Tapi Nad belajar benda paling simple sekali untuk satu hari ni which is belajar menjahit skirt. Walawehhh hahaha.
Di kelas jahitan Syaza, korang akan diberi notes panduan untuk belajar menjahit. Notes ni berganda-ganda akan memudahkan kita time belajar nanti. Just ikut steps and nahhh tetibe terhasillah pakaian yang korang nak tu. Jangan risau, sebab kak Syaza just ambil 3-4 pelajar untuk satu kelas so dia boleh fokus ajar awak sampai pandai hihi.
Cikgu menjahit, kak Syaza :)
Kebiasaannya kelas diadakan pada waktu hujung minggu. Okay Nad explain eh. Korang bayar RM200 untuk satu class dan belajar satu benda. Contoh nak belajar jahit dress. Bayar RM200 dan belajar jahit dress. Tempoh masa diberi adalah 3 hari. Kalau second day korang dah berjaya tamat belajar jahit dress then hari ketiga tak perlu datang. Tapi kalau baru separuh jalan then hari ketiga adalah hari terakhir untuk korang siapkan dress tu. Faham? Sijil penyertaan juga disediakan.
Kelas Jahitan Syaza
Alamat : No 42-1, Block C, Jalan Danau Lumayan 1, Off Jalan Tasik Permaisuri, 56000, Kuala Lumpur.
Waktu Operasi : Weekday (Rabu dan Khamis)
: Weekend (Sabtu dan Ahad)
No telefon : 017-8612310 atau 03-91713034
Instagram : http://instagram.com/kelasjahitan_syaza
P/s : Hmm sekarang rasa sayang nak keluar duit beli skirt tapi nak buat malas T_T
30 comments
Lepas ni boleh la tempah baju dengan Nad kan.. hehehe
BalasPadamOkay akak nak surprise skirt pula lepas ni. Thank you ! :D
BalasPadamk.yan langsung takde bakat jahit.. asben x percaya.. ntah macam mana kantoi dia jumpa k,yan punya jahitan kat seluar sendiri yg koyak,.. dia ingat akk main2 kot tak gheti jahit..hahahaha..
BalasPadamsilalah buat lps ni lbh puas hati hehehe.
BalasPadamAkak pun minat.. hehe
BalasPadamNad buat kelas kt blog plak laa lps ni..")
bagus join kelas macam ni..tambah ilmu tambah kemahiran..boleh buat duit kan..saya pon suka
BalasPadamok nak tempah skirt la kat nad hahahaha
BalasPadamBestnya..sy belajar melalui youtube je, tapi skang stop dulu sebab mesin jahit ade problem..hukhuk
BalasPadamBestnye..Cik Mimie tak berapa minat la pulak..hehe
BalasPadamnk guna mesin jahit ..nk jahit lurus pun senget benget ni nk belajar jahit dalam masa 3 hari ... hahhahanampak gaya nye tak berjaya kot
BalasPadamBagusnya kak nad. Saya pun penah jugak ada kelas menjahit kt skola, tpi saya ni pemalas gila bab2 jahit ni T_T jeles gak kat org yg pandai jahit sbb boleh cipta stail pakaian yg dia nak ikut suka hati
BalasPadamBestnya pergi kelas menjahit. ^_^
BalasPadamwah comelnya skirt die...
BalasPadamhahaha sayang nak beli tapi malas nak buat ? hehehek..
BalasPadambiasalah tu.. unless keje kita buat baju baru rasa tak malas.. skali skala boleh la buat skirt baru.. jimat jimat..
bestnya kak nad dah pandai menjahit ^^ nanti boleh lah buat duit melalui menjahit kan.. ^^
BalasPadamWahhh..kelas menjait, menariknyeee..tapi x ada masa plak nak gi.....tau beli siap jeh....tapi orang jual mahal melampau..
BalasPadamwahh Nad, cantiklah skirt tu.. menjahit ni perlukan kesabaran yan g tinggi kan Nad..? cayalah Nad.. teak sabar nak tengok hasil seterusnya 😊😊
BalasPadamsyoknya blaja menjahit. :)
BalasPadamakak paling alah dengan menjahit. hahahaah :P
BalasPadamsy pn suka jgk belajar jahit nih.. tapi xde masa lg nk p bljr...
BalasPadamMcm best jer...
BalasPadamHehe... Sukanya dpt belajar menjahit...
Jeleslah...
wauu bestnya dpt belajar menjahit..saya suka jg menjahit tpi malas nak buat hihi..
BalasPadamaaaaaaaaaaaaa nak menjahit jugak hm hm hihihih
BalasPadameh kak nad!!!
eipp jgn malas hihihi
jahit satu plussize skirt untuk qila cpt hihihi
Bagus eh pandai menjahit ni. Saya memang tak pandai menjahit.
BalasPadamuntungnyee cepat belajar menjahit. cantik pulak tu skirt dia T_T
BalasPadamnad, mama pun sekarang attend kelas menjahit.. seronok dapat tambah ilmu jahit menjahit ni..
BalasPadambest tu kalau dah tahu menjahit. nanti senang :D
BalasPadambest gilaaaaa pandai jahittt! boleh style2 ikut style sendiri. ready made bukan cantik sgt punn haha
BalasPadamsincerely,
Najlaa 'Aqilah
saya tgh servey kelas jahitan area kl ni...nasib baik la jumpa blog ni..at least boleh buat rujukan..thanks ya...
BalasPadamRindu pula dekat kak Syaza.. :)
BalasPadam